Pengalaman dan Kenanganku di PraUniversiti Tingkatan 6 Tahun 2015/2016
Assalammualaikum & Hi ππ
First, aku nak bagitahu, Form 6 bukanlah pilihan utama aku nak sambung belajar lepas je SPM. Aku masuk form 6 ni mula-mula dulu pun sebab nak tunggu tawaran IPTA(UPU) dan tunggu permohonan rayuan matrikulasi sebab first intake untuk matrikulasi aku tak dapat. Tapi, aturan Allah siapa je yang tahu kan. Mungkin dah rezeki aku dekat form 6 dan aku tak menyesal ambil Form 6/Tingkatan 6/PraUniversiti/STPM dulu.
Hahahaha. Ni masa hari pertama nak pergi daftar masuk form 6. Aku bukan orang yg pakai spec sebenarnya, tapi sebab taknak orang kenal, so aku pakai spec yang takde power bagi taknak junior-junior aku kenal. Hahaha. Sekolah yg aku dapat untuk form 6 ni sebenarnya sekolah yang sama aku belajar masa form 4 & form 5 dulu. So, aku dah biasa dengan persekitaran kat sana. Means aku ni budak sekolah tulah. Sekolah aku tu dulu memang area tengah bandar Seremban. So, pengangkutan awam dan mall pun dekat. Jalan kaki je.
Masa zaman aku masuk Form 6 pertengahan tahun 2015 dulu, diorang dah start pakai baju biasa. Means dah takde lagi pakai baju sekolah macam dulu. Masa hari pertama orientasi dulu memang main langgar je pakai baju apa, tudung apa & kasut apa.
*Kod pemakaian masa form 6, Bagi lelaki: baju formal iaitu baju kemeja, seluar slack hitam & kasut kulit hitam.
*Bagi perempuan pulak: Tudung bawal (bagi yg islam), Baju kurung atau baju kemeja/blouse kosong, seluar slack hitam/skirt hitam labuh/ skirt bawah lutut (bagi yang bukan beragama Islam) & kasut hitam bertutup.
*Kod pemakaian masa form 6, Bagi lelaki: baju formal iaitu baju kemeja, seluar slack hitam & kasut kulit hitam.
*Bagi perempuan pulak: Tudung bawal (bagi yg islam), Baju kurung atau baju kemeja/blouse kosong, seluar slack hitam/skirt hitam labuh/ skirt bawah lutut (bagi yang bukan beragama Islam) & kasut hitam bertutup.
Masa aku dah masuk Form 6, aku dapat pulak tawaran rayuan ke Matrikulasi Kuala Pilah,N9 yang untuk satu tahun punya pengajian. Masa tu aku ada 3 hari je nak buat confirmation & nak uruskan semua. Masa tu hati aku memang dah terdetik nak pergi, tapi macam terlampau tergesa-gesa sangat & hati macam 50-50 lagi. So, ayah aku cakap "Kau amik jelah F6 ni. Org ckp F6 ni bagus". So, aku pun malas nak fikir-fikir, aku teruskan jelah amik F6 walaupun mcm hmmm.... . Dalam bulan tu jugak, aku dapat tawaran masuk IPTA kat Uitm alor gajah, politeknik PD, KPTM dekat Seri Iskandar, Perak. Tapi semua tawaran tu aku tolak sebab malas dah nak fikir walaupun course yang aku dapat tu boleh tahan hebat jugak.
Ada suatu hari ni, sorang makcik datang rumah aku nak amik kuih yg dia tempah sbb ibu aku ni tauke kuih.
Pastu dia tanyalah "Adik belajar mana?"
Aku jawab "Amik Form 6 je"
Pastu dia perli "Ohh... tak dapat tawaran pergi mana-manalah tu kan?. Tu yang dapat F6 je"
Aku dalam hati be like " Kau pehal makcik nak rendah-rendahkan aku amik F6. Hak'alah, aku dapat je tawaran lain yang course dia lagi gempak dari form 6 tapi aku je yang taknak pergi. Macamlah Form 6 ni teruk sangat"
Tapi aku buat dek jelah. Malas nak layan org macam tu.
MASA BELAJAR ALIRAN SAINS
Masa dekat F6 ni, aku dapat Aliran Sains. So, masa nak bahagikan kelas, cikgu tu bagi pilihan antara nak ambil antara Physics atau Biology, so aku amiklah Biology sbb biology ni more kpd fakta. Physics ni pulak bagi aku, dia lebih kpd pemikiran & formula. Tahlah. Subjek yang aku belajar dalam aliran sains dulu, Pengajian Am(Wajib amik), Biology, Chemistry & Maths T. Aku suka belajar sains ni tapi Form 6 punya sains aku boleh ckp mmg susah lah citer dia. Memang A-level punya pembelajaran. Even kau straight A's masa SPM dulu pun, tak bermakna kau akan 100% akan lulus dekat STPM. Bagi aku, siapa yg betul-betul pandai je boleh amik aliran sains Form 6 ni. Even cikgu dekat sekolah tu pun bagi nasihat " Siapa result SPM subjek sains dia B- atau C ke bawah, baik awak ambil keputusan tukar ke aliran kemanusiaan(means aliran sastera) sbb takut tak boleh bawa utk F6 ni. Awak jangan rasa-rasa je yang awak boleh buat. Yang rasa-rasa nilah yang boleh buat awak gagal" Sebab dia tahu siapa yang amik Aliran Sains F6 ni kebanyakannya gagal bila dapat result exam. Tapi siapa rasa dia boleh buat, so teruskan belajar sains.
Sebulan jugaklah aku belajar aliran sains dekat form 6 ni. Sebab aku nak tahu yang aku ni boleh "GO" ke tidak untuk amik aliran sains ni. So aku trylah jawab soalan exam past year STPM sem 1 subjek chemistry. Mmg perghh.... soalan no 1 pun aku dah stuck takleh jawab, nikan nak jawab soalan-soalan lain. Maths T pun sama susah bak hangg... . Sebab even kau tersalah kira sikit pun, semua jalan kerja kau akan tetap salah. So, daripada aku membazir masa belajar benda yang aku takleh score dlm exam, baik aku move on tukar ke aliran kemanusiaan.
Kenangan masa dalam Aliran Sains sebelum tukar ke Aliran Kemanusiaan. Mmg best bila dapat buat experiment semua. Kalau tanya aku balik, memang takyah ckplah, aku mmg rindu nak belajar sains balik tp semuanya tinggal kenangan bila aku dah start menyimpang jauh masuk ke alam aliran kemanusiaan. huhuhu
MEMBAWA DIRI KE ALIRAN KEMANUSIAAN
Masa mula-mula tukar ke aliran kemanusiaan ni means aliran sastera, aku mmg tak berapa nak terima hakikat yang aku pergi tukar aliran dari sains ke sastera. Yelah, cuba bayangkan masa form 4 & form 5, kau kemain belajar subjek sains stream, pastu dah elok-elok belajar aliran sains kat F6, tetiba kau amik keputusan tukar ke aliran kemanusiaan sbb rasa subjek sains terlampau berat. Tapi last-last aku fikir jugak mungkin ada hikmahnya aku amik aliran kemanusiaan ni daripada aku teruskan belajar sains.
Masa dah tukar sastera, mmg ambil masa jugaklah untuk aku terima keadaan baru, kelas baru, kawan baru, subjek baru dan cikgu baru. Yelah, dah sebulan belajar sains pastu pepandai aku gi tukar aliran sastera. Mana tak awkwardnya. Tapi last-last aku slow-slow terima hakikat yang aku dah tukar dari alam sains ke alam kemanusiaan. Untuk aliran kemanusiaan ni, aku amik subjek Pengajian Am, Sejarah, Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu.
'Kelas kesayangan, 6 Rendah dan 6 Atas HISHAMMUDDIN'
'Kelas kesayangan, 6 Rendah dan 6 Atas HISHAMMUDDIN'
Bagi aku, kelas yang aku pindah nilah yang paling huru-hara tak reti dok diam. Ada je benda nak borak & benda nak buat. Sem 1 ni kiteorang kebanyakannya memain je banyak dari study even dah banyak kali kena ceramah dari cikgu kata sem 1 ni bukan lagi masa nak berhoneymoon macam lepas SPM dulu. Aku dulu nyesal lak sebab memain masa sem 1, so bila keluar result exam STPM sem 1 punya, memang K.O lah citer dia. So, aku nak bagitau adik-adik yang dah ambil keputusan nak masuk Form 6 ni, sila belajar betul-betul dari sem 1 lagi. Nanti tak payah nak membazir duit nak repeat. Wajaran untuk sem 1 ni dahlah tinggi. Satu SUBJEK REPEAT PAPER = RM50. Kau bayangkanlah duit aku dulu terbang gak ah RM200 sebab nak repeat semua subjek sem 1. Walaupun result aku takdelah teruk sangat, tapi aku nak jugak repeat semua. Tapi bila repeat, 1 subjek je yang naik. Yang 3 lagi subjek ada yang consistent dan ada yang lagi menurun. Memang membazir duit je bila aku pergi repeat semua paper sebab masa untuk study subjek sem 1 memang terhad sebab kau kena study untuk sem 3 dan ulangan sem 2 punya jugak.
Masuk je sem 2, kami dah start kena buat kerja kursus. Ada 3 kerja kursus pulak tu, Sejarah, Pengajian Am dan BM. Masa ni aku kena bahagikan masa nak selesaikan ni semua. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sehingga buat perbentangan VIVA. Yang kerja kursus sejarah pulak, aku ambil sejarah etnik. So aku buat tajuk " Adat Resam dan Kepercayaan Orang Asli". So, nak dapatkan bahan kajian, aku pergi sendiri interview ketua kampung orang asli tu dekat Rembau dengan orang asli kat situ. Nasib baik ada ayah aku bagi kerjasama tolong drive pergi situ. Kalau tak memang lost lah aku. Sem 2 punya result, okay sikit daripada sem 1 punya. Ada perubahan. Untuk sem 2, aku repeat dua paper je sebab yang lagi dua subjek tu dah okay. Repeat paper pun sama je tak naik gred. Sedih sebab membazir RM100 aku. πππ
Sem 3 pulak, semester yang memang kena buat betul-betul. Sebab wajaran pun tinggi dari sem 2. Pastu dahlah TAK ADA repeat paper! Dengan kena buat kerja kursus BM berkumpulan & Pengajian Perniagaan lagi. Tp Alhamdulillah, semua kerja kursus aku dapat semua A. Result sem 3 pun tersangatlah okay bagi aku sebab dapat dua A bulat bagi subjek Sejarah dan BM. Tapi bagi aku sem 3 nilah paling banyak dugaan dan cabaran sebab masa antara dekat-dekat lagi 1 minggu nak exam, aku macam study tak study je. Ini semua disebabkan aku dah start minat dekat BTS (Bangtan Songyeondan), so balik sekolah je aku buka laptop tengok video BTS sampai lewat malam. Study pun kelaut. Tapi aku nak bagitau, BTS adalah salah satu pemberi semangat untuk aku study.
Alhamdulillah, keseluruhan keputusan STPM 2015/2016 aku cemerlang dengan jayanya walaupun akulah budak paling memain dan tak berapa nak study. Daripada 90 lebih orang pelajar dalam aliran kemanusiaan dekat sekolah aku, hanya 16 orang sahaja yang dapat pointer 3.0 dan ke atas . Alhamdulillah, aku tersenarai antara pelajar yang dapat 3.0 dan ke atas tu. Pointer aku tak adalah tinggi mana. 3.25 je. Tu pun dah kira bersyukur dan okay sangat dah. Untuk pengetahuan korang, masa hari semua pelajar pergi ambil result STPM 2015/2016 dekat sekolah, ada ke patut aku & keluarga aku pergi bercuti dekat Terengganu. So, dengan dukacitanya, aku tak ada gambar official ambil sijil dekat atas pentas masa nama aku kena panggil untuk senarai pelajar yang dapat ponter 3.0 dan keatas. Berhuhu...lah aku kat Terengganu.
Alhamdulillah, keseluruhan keputusan STPM 2015/2016 aku cemerlang dengan jayanya walaupun akulah budak paling memain dan tak berapa nak study. Daripada 90 lebih orang pelajar dalam aliran kemanusiaan dekat sekolah aku, hanya 16 orang sahaja yang dapat pointer 3.0 dan ke atas . Alhamdulillah, aku tersenarai antara pelajar yang dapat 3.0 dan ke atas tu. Pointer aku tak adalah tinggi mana. 3.25 je. Tu pun dah kira bersyukur dan okay sangat dah. Untuk pengetahuan korang, masa hari semua pelajar pergi ambil result STPM 2015/2016 dekat sekolah, ada ke patut aku & keluarga aku pergi bercuti dekat Terengganu. So, dengan dukacitanya, aku tak ada gambar official ambil sijil dekat atas pentas masa nama aku kena panggil untuk senarai pelajar yang dapat ponter 3.0 dan keatas. Berhuhu...lah aku kat Terengganu.
'Kawan-kawan baik aku masa dalam kelas.'
So overall, PraUniversiti/ Tingkatan 6/ Form 6 bagi aku best jugak. Banyak pengalaman yang aku dapat daripada aktiviti-aktiviti yang aku masuk. Antaranya aku salah seorang daripada 4 orang yang terpilih ke Kem Kepimpinan di Royal Belum, Perak. Memang pengalaman yang paling best aku dapat.
"Royal Belum is The best experience that I ever had. Really recommended this place"
Lepastu pergi buat amal dan lawatan di Sekolah Kebangsaan Putra, Jelebu. Kami berinteraksi dan bertukar-tukar ilmu dengan pelajar sekolah rendah orang asli. Juga buat lawatan ke rumah anak yatim di Melaka. Aku sedekahkan sebahagiaan buku-buku aku masa form 4 & form 5 dulu.
'Bersama dengan pelajar SK Putra, Tampin- Salah satu sekolah yang terdiri daripada murid-murid Orang Asli. Comel & peramah je diorang ni'
"Royal Belum is The best experience that I ever had. Really recommended this place"
Lepastu pergi buat amal dan lawatan di Sekolah Kebangsaan Putra, Jelebu. Kami berinteraksi dan bertukar-tukar ilmu dengan pelajar sekolah rendah orang asli. Juga buat lawatan ke rumah anak yatim di Melaka. Aku sedekahkan sebahagiaan buku-buku aku masa form 4 & form 5 dulu.
'Bersama dengan pelajar SK Putra, Tampin- Salah satu sekolah yang terdiri daripada murid-murid Orang Asli. Comel & peramah je diorang ni'
Pergi tengok teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Istana Budaya dan ke Bank Negara. Terpilih pergi ke Terengganu bagi bertukar-tukar ilmu bersama pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri dan ke Sekolah Tinggi, Muar. Dan banyak lagi.
'Terpilih jadi pembaca Ikrar masa Hari Kemerdekaan di Padang MPS, Seremban'
Aku jugak aktif dalam sukan Bola Tampar dan Bola Keranjang. Jadi Vice President Librarian Pra-U dan Setiausaha Pengakap Kelana. Kebanyakan setiap petang habis je sekolah dalam pukul 3 petang, aku mesti turun padang main Bola Tampar. Balik pulak pukul 5 atau 6 petang. Takyah citer la muka memang burn teruk sebab tiap petang asyik berjemur je. Penat memang penat. Tapi berbaloi jugak aku dapat buat aktiviti lain daripada belajar je.
'Hari Sukan Negara 2016, dapat No.1 dlm pertandingan Bola Tampar- Team Doreamon.'
'Pengakap Kelana 2015/2016 with Marissa & Jed'
Siapa cakap yang masuk Form 6 ni tak keluar dari kawasan sekolah? Masa Form 6 nilah tahun yang paling banyak sekolah aku buat aktiviti dekat luar. Masuk Form 6 ni pun ada manfaat dia jugak. Kita tak ada hutang PTPTN pun. Dan sijil STPM ni laku sehingga di universiti luar negara mcm University of Cambridge. Macam aku, untuk ulang-alik ke sekolah dan balik rumah, aku tumpang kereta Marissa/ drive sendiri. Makanan waktu rehat pulak kebanyakannya aku bawak bekal sendiri dari rumah. Jimat dan tak banyak berbelanja. Lepastu kadang-kadang, balik sekolah je, aku dengan member aku pergi mall tengok wayang atau lepak kat kedai makan sebab kiteorang bawa kereta sendiri. Kadang-kadang kebanyakan jugaklah aku selalu ponteng sekolah sebab malas nak pergi ← Yang ni aku sarankan jangan ikut jejak langkah aku. Aku sorang je yang boleh buat. hehhehheh...
Untuk sekian kalinya, aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang pernah membantu aku secara langsung dan tidak langsung ketika aku di Tingkatan 6 ni. Bagi aku, belajar mana-mana pun boleh asalkan usaha & cara kita nak belajar tu. Banyak pengalaman dan kenangan yang aku dapat masa masuk Tingkatan /PraUniversiti/ Form 6 ni. Sekian.
'Hari Sukan Negara 2016, dapat No.1 dlm pertandingan Bola Tampar- Team Doreamon.'
'Pengakap Kelana 2015/2016 with Marissa & Jed'
'Pertandingan Bola Keranjang masa 1 minggu sebelum exam STPM Penggal 3. Nampak tak sukan tu lagi penting dari study. kehkehkehπππππ'
Siapa cakap yang masuk Form 6 ni tak keluar dari kawasan sekolah? Masa Form 6 nilah tahun yang paling banyak sekolah aku buat aktiviti dekat luar. Masuk Form 6 ni pun ada manfaat dia jugak. Kita tak ada hutang PTPTN pun. Dan sijil STPM ni laku sehingga di universiti luar negara mcm University of Cambridge. Macam aku, untuk ulang-alik ke sekolah dan balik rumah, aku tumpang kereta Marissa/ drive sendiri. Makanan waktu rehat pulak kebanyakannya aku bawak bekal sendiri dari rumah. Jimat dan tak banyak berbelanja. Lepastu kadang-kadang, balik sekolah je, aku dengan member aku pergi mall tengok wayang atau lepak kat kedai makan sebab kiteorang bawa kereta sendiri. Kadang-kadang kebanyakan jugaklah aku selalu ponteng sekolah sebab malas nak pergi ← Yang ni aku sarankan jangan ikut jejak langkah aku. Aku sorang je yang boleh buat. hehhehheh...
Untuk sekian kalinya, aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang pernah membantu aku secara langsung dan tidak langsung ketika aku di Tingkatan 6 ni. Bagi aku, belajar mana-mana pun boleh asalkan usaha & cara kita nak belajar tu. Banyak pengalaman dan kenangan yang aku dapat masa masuk Tingkatan /PraUniversiti/ Form 6 ni. Sekian.
Congratulations..
BalasPadamMuchas Gracias :D
PadamCongratulations..
BalasPadamOuhhhh gituuuu adik nk masuk masuk kemanusian ada muet inggeris ka
BalasPadamTak payah. Klau STPM, memang nanti kita akan ada subjek belajar MUET.
PadamMemang lepas kemasukan tingkatan 6 baru result upu keluar eh?So kalau nak tunggu result upu dulu baru masuk tingkatan 6 tak boleh ke?
BalasPadamYa. Masuk tingkatan 6 dulu. Sebab masa akak dulu form 6 masuk bulan 6. Result UPU keluar bulan 7. So, akak masuk form 6 dulu dalam masa nak tunggu result upu. Bila result upu keluar, akak dapat UITM Lendu. Tapi akak tak pergi and ambil keputusan nak teruskan form 6.
PadamAssalamualikum and hai π. Nak tanya,subjek yg ditawarkan kat KGV Seremban ni package kan?Untuk aliran kemanusiaan ada berapa package ye?
BalasPadamWaalaikummussalam. Subjek yang ditawarkan di KGV:
Padam1)Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan/Ekonomi
2)Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Ekonomi, Bahasa Melayu/Perakaunan
3)Pengajian Am, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan, Ekonomi.
Akak ambik saubjek ape ye.. saye form 4 n 5 aliran sains tp ayh suruh naik f6 aliran sastera ..syg plk nk tinggal sains wlaupon x cemerlang sgt..hehe.. kalau boleh nk tahu pilihan subjek di f6 yg x susahh
PadamSekarang akak nak sambung degree dekat mana ?
BalasPadamAkak dah sambung degree dah. Sekarang akak belajar di Universiti Malaya.
PadamAkak sambung aliran apa iya
PadamAssamualaikm kk..kalau sy belajr sunggh2 dri sem 1lgi smpai periksa stpm..rasa2 dapat tk pointer 4.0??and then klau nk belajr kt luar negara dapat tk dgn pointer 4.0 tu??sy hrp sngt kali ni sya berjaya...sy ykin nk masuk form 6.klau nk bljr kt luar ngra pointer dia nk berape
BalasPadamAssamualaikm kk..kalau sy belajr sunggh2 dri sem 1lgi smpai periksa stpm..rasa2 dapat tk pointer 4.0??and then klau nk belajr kt luar negara dapat tk dgn pointer 4.0 tu??sy hrp sngt kali ni sya berjaya...sy ykin nk masuk form 6.klau nk bljr kt luar ngra pointer dia nk berape
BalasPadamWaalaikummussalam. Insyaallah, memang akan dapat 4.0 kalau belajar sungguh-sungguh dari sem 1 lagi. Sebab dulu pun akak menyesal tak belajar betul-betul masa sem 1. So, ada paper yang akak kena repeat. So, make sure belajar betul-betul dari sem 1 lagi, dapatkan pointer yg okay, then tak payah nak membazir duit repeat paper. Then, memang boleh sangat kalau dah dapat 4.0 pointer belajar dakat luar negara. Kena sentiasa update bila ada tawaran nak belajar luar negara. Pointer tu akak tak sure. Sebab lain tawaran, lain syarat yang dia nak.
Padamlove your story ,it just give me inspiration to give a try ...btw congratulations and sempat lagi nak promot bts <3 MUCH LOVE
BalasPadamThank you. Hahahhaha. BTS for life :D
PadamAssalam nk tny belajar dlm bahasa apa ya bahasa melayu or bahasa Inggeris
BalasPadamAliran kemanusiaan memang semua guna bahasa melayu. Aliran sains yang pakai bahasa inggeris.
Padamkalau amik aliran kemanusiaan nanti degree smbung ap ye?
BalasPadamKalau amik aliran kemanusiaan boleh sambung ambil business, ekonomi, bahasa, seni, geografi, perbankan, perniagaan antarabangsa, sejarah. Mana-mana yang bukan melibatkan sains stream.
PadamKak berapa lama tempoh menunggu untuk masuk u lepas keluar result stpm tu?
BalasPadamAkak tak sure sbb dah tak ingat sangat. Rasanya dalam sebulan selepas masuk stpm.
Padamsejarah sem 2 akak repeat x,,, sbb class sya mmg kena struggle sbb amik ekonomi dgn business study,,
BalasPadamSejarah sem 2 akak tak repeat sebab dapat B. Perghh... mmg kena struggle tu...
PadamTahniah akak :))) skrg akak sambung kos ape?
BalasPadamTerima Kasih :D Akak sambung kos Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Sepanyol a.k.a Spanish Language)
PadamWahhh bestnya belajar bahasa asing :D saya nak tanya pendapat akak. Saya dpt pointer stpm sama mcm akak 3.25 dan saya apply kos pengajian asia timur dekat um (letak dkt pilihan pertama dalam upu). Agak2 boleh dpt tak? Akak letak kos linguistik bahasa sepanyol dkt pilihan no berapa?
PadamHahaha... Dulu pun akak letak Kos Pengajian Asia Timur dalam pilihan pertama UPU jugak. Memang akak dah aim lama dah kos tu. Tapi tak dapat. Akak letak kos linguistik bahasa Sepanyol dekat nombor 4. Masa ni akak tak aim langsung pun yg akak akan dapat Linguistik Bahasa Sepanyol sebab masa tu akak rasa memang takkan punya diorang kasi kos tu. Lagipun kos tu akak main letak je. Last-last dapat pulak. Tapi tu je pilihan yg UPU kasi masa keluar result. Nak taknak, akak accept je. So, kalau boleh Jannah letak pilihan yang betul dekat UPU tu.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAkak nak tanya nie...subjek Pengajian Perniagaan dgn Geografi mana satu saya perlu ambil?sebab havis form 6 matlamat saya nak ambik Pentadbiran Awam..
BalasPadamTak taulah. Better tanya cikgu atau senior. Sebab dekat sekolah akak takde kos Geografi. Bagi akak, subjek Pengajian Perniagaan akak tak berapa suka sangat sebab kena banyak kena baca dan hafal.
PadamSaya pun amik stpm batch 16/17 �� nk tanya kak, lepas result upu keluar bila uni panggil daftar
BalasPadamDekat dalam surat tawaran selepas kita click terima tawaran masuk Uni tu baru dia bagitau bila kena pergi daftar. Sentiasa check official laman web dia kalau nak tahu info-info terkini.
PadamAkak mcm mn akak yakin bila bercakap dpn org ramai masa buat presentation? Mcm mn nak ade rasa keyakinan dlm diri ? Akak ni dari kgv?
BalasPadamA'ah akak dari KGV since form 4. Mcm mana nak rasa keyakinan dlm diri? Bagi akak, awak buat je yang paling terbaik. Tak apa kalau buat salah, yang penting kita yakin masa present. Kalau boleh dah prepare awal-awal sebelum present macam maklumat tambahan yang boleh bantu kita jawab soalan lepas bentang. Kalau bentang guna slide, akak sarankan letak point-point penting je. Yang lain tu elaborate sendiri.
PadamWah saya pun minat bts.. dan sambung stpm
BalasPadamYeay ada geng. #BTSforlife
PadamMinta maaf, saya tak berapa fhm tentang repeat paper sem 1. Maksudnya, akak repeat balik sem 1 or just repeat exam?
BalasPadamJust repeat exam je.
PadamSaya pun tengah dalam dilemma skang nak masuk form 6 ke U. Tapi hati memang nk pilih form 6 je terus huhu. Akak dapat kgv tu sebab kementerian tetapkan atau akak yg nak? Kita boleh tetapkan sendiri ke sekolah yg kita nk masuk f6?
BalasPadamMemang kementerian yang tetapkan. Kalau dapat jauh dari rumah atau ada course yang tak minat, boleh apply tukar sekolah. Tapi kalau nak tukar sekolah tu, susah sikit sbb nak kena hantar surat bagai. Leceh. Tapi akak tengok sekarang dah ada sekolah yang khas untuk f6 je. Yang dekat forest height tu. Fikir dulu sebelum pilih. Mana-mana belajar pun okay.
PadamNak tanya time daftar form 6 bulan 5 tu terus masuk ke atau lepas raya baru masuk?
BalasPadamyang tu saya tak tahu. Lagipun saya dah lama habis stpm.
PadamAsslm akak...sya ni sains stream student. Result spm sya x bgus sgt sya dpt 3A 2B+ 1C 3D. Yang 3 D tu subjek fizik, kimia dgn bio. Akak rsa layak x sya dpt twaran ke form 6?
BalasPadamLayak sangat sangat wak. Dan ambik aliran kemanusiaan. Ambik eko. Mesti result awak nnti gmpk.
PadamAkak dduk asrama ke ??
BalasPadamSy nak jd Doktor tp mslhnnya result subjek sains sy x brp. Bio dpt B fizik dpt C and Kimia dpt D. Sy nak ambik msk aliran sains d f6 tp sy takut sy x leh angkat. Apa pndapat akak? patutkh sy ikut hala tuju akak?
BalasPadamkak sya nak tanya masa pendafataran tu pemakaian sopan tu klau pakai jeans dgn T shirt boleh ke?
BalasPadamAssalmualaikum Kak Sya nak tnya,Klau peperiksaan semestar 3 bhgian jurusan kemanusiaan tu klau bm,sej, dn yg lain gred B kira lulus stpm sdh ke
BalasPadamSalam akak. Nak tanya, senang ke sejarah? Buat masa skrg ni, cg sya letak dalam kelas sj ngn geo sbb cg tgk rsult spm sya Sj A dan Math B jadi xdpt ambik eko. Saya takut sbb sebelum ii spm, sya biasa dapat D . Tup2 spm A π Sj stpm banyak hafal ke mmg banyak sangat kena hafal π
BalasPadamBoleh akak bagi tips2 untuk sj stpm
PadamAssalam hii saya teringin nak tau lebih lanjut tentang course yang akak amik ni terutama pengajian perniagaan :) sbb saya future f6 student . kalau tak keberatan, boleh emel saya ? saadiah9102@gmail.com. thank youu
BalasPadamAkak dah email awak.
PadamAssalam akak , sy nak masuk form 6 tapi saya taktahu sama ada sy layak ataupun tak . Result sy 3A 1B 1B+ 1D 2E 1G . Addmt sy G pulak tu π boleh ke sy masuk aliran kemanusiaan f6 ?
BalasPadamSorry baru balas sbb akak busy lately. Akak memang cadangkan awak masuk aliran kemanusiaan. Akak dapat aliran sains lepastu tukar aliran kemanusiaan sbb subjek di aliran sains terlampau susah.
PadamHai
Padamassalamualaikum akak, boleh tak saya nk tahu lebih lanjut tentang course yang akak amik terutamanya beza pengajian am dengan bahasa melayu,teringin sangat nak tahu sebb saya future f6 student, kalau tak keberatan, boleh whatsapp/email saya? no tel saya 0177347126...terima kasih :)
BalasPadamassalamualaikum kak boleh tak akak email saya? saya nak tanya pasal macam mana nak tukar aliranπ₯Ί
BalasPadamassalamualaikum hi akakk harap sangat akak nmpk komen saya ni :( nak tanya macam mana akak tukar sains tu aliran kemanusiaan? belajar sains stpm sebulan pastu tukar? so kiranya kena kerja silibus kemanusiaan balik ke ?
BalasPadam